Saturday, February 21, 2009

BICARA ANJERIL EDISI TERBARU...

TANJUNG MALIM 21 FEB - Persatuan Bimbingan dan Kaunseling KASIH Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI hari ini dengan jayanya telah menjalankan satu program seminar yang bertajuk " Pengaplikasian Kemahiran Asas Dan Teori Dalam Sesi Kaunseling". Seminar satu hari ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar Bimbingan dan Kaunseling UPSI tentang aplikasi kemahiran dan teori semasa menjalankan sesi kaunseling kelak. Seramai empat orang pensyarah terlibat dalam pembentangan yang terbahagi kepada empat slot.

Slot pertama yang bertajuk "Teori REBT" telah dibentang oleh Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling iaitu Dr. Mohammad Nasir Bistamam. Slot kedua pula dibentangkan oleh Encik Mohammad Aziz Shan Mohamed Arip dengan tajuk " Teori CBT", manakala slot ketiga dibentangkan oleh En. Taquddin Abd. Mukti dengan tajuknya "Pengurusan Isu-Isu kaunseling di Sekolah" dan slot yang keempat dibentangkan oleh Penasihat Persatuan KASIH sendiri iaitu En. Mohd Noor Idris dengan tajuknya "Penulisan Nota Kes".

Menurut Presiden KASIH, Azril Razali, seminar yang dianjurkan ini adalah untuk mengajak bakal-bakal kaunselor mengetahui dengan lebih mendalam lagi bagaimana untuk mengaplikasikan teori-teori dan kemahiran dalam sesi kaunseling. Selain itu katanya, seminar ini adalah inisiatif daripada Persatuan KASIH untuk melibatkan semua ahli-ahli dalam aktiviti yang dianjurkan seterusnya mendapat manfaat daripadanya.


...dari kanan ialah sdr. Azril Razali, Prof. Madya Dr. Hj. Abd. Malik, Dr. Nasir dan Syikin ketika majlis perasmian seminar...

Sementara itu beberapa peserta yang ditemui selepas seminar berakhir melahirkan perasaan gembira kerana Persatuan KASIH menganjurkan seminar ini. Antara peserta yang ditemui, Hasliza Hassan berkata " saya ucapkan terima kasih kepada KASIH kerana anjurkan seminar ni, ia memberi pendedahan kepada saya untuk tahu dengan lebih lagi tentang teori-teori. Seorang lagi peserta Nur Hazwani berkata, " program ini cukup baik untuk kami khususnya bakal-bakal kaunselor agar lebih bersedia sebelum kita semua posting nanti".


sementara itu, bicara anjeril juga sempat menemui beberapa peserta lelaki iaitu Anuar Mamat. beliau yang lebih mesra dengan panggilan Nuar berkata, " saya cukup suka dengan seminar ni. walaupun saya datang lambat, tapi saya enjoy dan mendapat manfaat. anuar sempat berseloroh dengan berkata, "laip punya bagussss"... seorang lagi ialah mohd rahmat. katanya "saya memang suka la seminar ni. banyak beri pendedahan kepada saya tentang teori-teori, memang vvaaahhhhh la seminar ni, tahniah kepada penganjur. katanya ketika ditemui.


...urusetia seminar. dari kiri zubar, ikmal, fauzi dan fashan ketika waktu rehat seminar...

Seminar ini telah disertai oleh semua pelajar Bimbingan dan Kaunseling dari semster satu hinggalah pelajar semster tujuh. dianggarkan sekitar 450 pelajar yang hadir pada seminar ini. walaupun tidak semua yang hadir, tetapi ia cukup memberi gambaran bahawa pelajar-pelajar kaunseling masih lagi berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada seminar ini.

... sdr. Azril menyampaikan cenderahati kepada Ketua Jabatan Bimb. & kaunseling UPSI, Dr. Mohammad Nasir Bistamam sambil diperhatikan pengarah program...


Sementara itu, majlis perasmian seminar ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada sebelah pagi. perasmian telah dilakukan oleh Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI, Prof. Madya dr. Hj. Abd Malik Abd Rahman tepat jam 9.00 pagi. dalam ucapan perasmiannya, beliau melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada KASIH kerana menganjurkan seminar ini. beliau berharap, semua peserta khususnya pelajar kaunseling mendapat manfaat daripada seminar ini.


Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Ketua Jabatan B&K, Dr. Mohammad Nasir Bistamam, Barisan Pensyarah, Presiden KASIH, Azril Razali, Timbalannya Muhammad Fauzi Mansor, Pengarah Program Norasikin Bakar, barisan exco KASIH dan semua ahli jawatankuasa pelaksana program.

...Sdr. Azril Mengiringi Prof. Madya Dr. Hj Abd Malik dan Dr. Nasir sejurus selepas acara perasmian di SITC...


...Pengacara Majlis Sdr. Nazri Yaakub, Presiden KASIH Sdr. Azril dan Timbalannya Sdr. Fauzi sedang asyik berbincang untuk kelancaran majlis...


...kelihatan urusetia program Sdr. Ikmal dan Shima sedang sibuk menguruskan proses pendaftaran peserta...


...para peserta sedang asyik mendengar pembentangan yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah jemputan...


Seminar ini berakhir pada jam 5.30 petang. dengan penganjuran seminar ini, diharap dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana program, kepada semua peserta dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program seminar ini. diharap, anda semua terus memberikan sokongan kepada KASIH untuk menjayakan aktiviti seterusnya...

Saya secara peribadi ingin ucapakn terima kasih kepada:


ketua jabatan, penasihat persatuan, barisan pepnsyarah, pengarah program, timbalan presiden kasih, barisan ahli majlis tertinggi kasih, barisan exco kasih, rakan-rakan exco kasih, barisan jawatankuasa pelaksana, semua pelajar BNK sem 1, 2, 4, 6, dan 7 kerana anda semua memberiak kerjasama terbaik dalam menjayakan program ini...semoga kerjasama ini dapat diteruskan untuk program-program yang seterusnya...


KAUNSELING ASPIRASI SUBUKAN INSAN HARMONIS K.A.S.I.H





2 comments:

  1. report yg baik lg mantap dr presiden sndri..cayala...

    ReplyDelete
  2. report yg mantap smpi leh terkantoi ank buah...huhuh

    ReplyDelete