Thursday, July 2, 2009

PERATURAN PEMBENTANGAN PROPOSAL

PERATURAN PEMBENTANGAN DAPATAN KAJIAN LATIHAN ILMIAH

TARIKH PEMBENTANGAN : MINGGU KE-2 ( 15-18.7.09)

1. Semua pelajar wajib hadir ke seminar pembentangan berdasarkan bilik yang ditentukan.

2. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan bilik kuliah.

3. Rujuk nama yang dihebahkan untuk menentukan kehadiran pelajar pada setiap bilik kuliah.

4. Kehadiran pelajar diambil setiap masa oleh petugas yang diarahkan.

5. Pembentangan dinilai oleh pensyarah yang telah dilantik yang dinamakan sebagai penilai.

6. Pengerusi majlis akan memanggil nama pelajar yang terlibat untuk membuat pembentangan berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.

7. Setiap pembentang dikendaki membentangkan hasil kajian dalam masa 15 minit.

8. Pembentangan dibuat dengan menggunakan power point.

9. Jumlah slide power point paling maksimum sebanyak 15 slide.

10. Buat 2 salinan power point untuk diberikan kepada pensyarah penilai.

11. Buat 1 sahaja salinan kertas kajian (bab 1 hingga 3) untuk diberikan kepada pensyarah penilai.

12. Penjaga masa dilantik untuk mengelakkan pembentang membentangkan proposal kajiannya lebih daripada 15 minit dan meleret-leret.

13. Selepas pembentangan, penilai akan bersoal jawab, memberi komen dan cadangan terhadap
pembentangan yang dijalankan.

14. Komen tersebut meliputi aspek kertas kajian meliputi terutamanya bab 1 dan bab 3.

15. Penilai akan mengisi satu borang yang akan ditandatanganinya untuk diserahkan kepada setiap pembentang.

16. Borang penilaian dapatan kajian sangat penting dan hendaklah DILAMPIRKAN sekali semasa PROSES AKHIR PENJILIDAN.

17. Kegagalan mendapatkan komen dan cadangan daripada penilai berdasarkan borang penilaian tadi boleh menjejaskan MARKAH AKHIR latihan ilmiah. Harap maklum perkara ini.

18. Segala masalah teknikal tentang pembentangan latihan ilmiah boleh rujuk kepada penyelaras latihan ilmiah dan wakil-wakil pelajar yang telah dilantik oleh penyelaras.

19. Nama pelajar yang tiada di dalam senarai pembentangan dan kehadiran pelajar sila rujuk dengan penyelaras latihan ilmiah.







BORANG PENILAIAN PENSYARAH PENILAI

NAMA PELAJAR :
NO. MATRIK :
NAMA PENYELIA :
TAJUK KAJIAN :

Bab 1

1. Adakah tajuk kajian sesuai ?
2. Adakah masalah kajian dinyatakan dengan jelas?
3. Bagaimana dengan soalan dan hipotesis kajian ?
4. Adakah teori yang digunakan sesuai dengan kajian.


Bab 2

1. Adakah kajian lepas yang dirujuk relevan dan mencukupi?
2. Adakah ulasan kajian lepas yang mempunyai tahun terkini?
3. Adakah rujukan yang disebut dengan lengkap dan tepat.


Bab 3

1. Adakah reka bentuk kajian berpadanan dengan soalan kajian?
2. Adakah sampel dinyatakan dengan jelas?
3. Apakah kesahan dan kebolehpercayaan instrumen?
4. Bagaimanakah prosedur kajian dijalankan?



4. Komen dan cadangan lain yang sesuai


5.Perakuan Pensyarah Penilai sama ada

1. Dianalisis semula
2. Diperbaiki
3. Dimantapkan
4. Diluluskan untuk ke lapangan kajian.


Tandatangan Penilai :
Nama Pensyarah :
Tarikh :

No comments:

Post a Comment